RUANG PEJABAT

LGMPC juga mengurus dan mentadbir Kompleks Bangunan Getah Asli (KBGA)yang terletak bertentangan dengan Menara Berkembar Petronas dan bersebelahan Bangunan Ibupejabat Public Bank Berhad di Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Kemudahan pengangkutan awam seperti bas , teksi dan Transit Aliran Ringan serta kemudahan lain seperti perbankan, perniagaan, pusat membeli belah dan kedai makan menjadikan KBGA sebagai salah satu bangunan yang paling strategik di Lembah Kelang.

KBGA terdiri daripada satu (1) Blok Bangunan Pejabat Bangunan Getah Asli tiga (3) tingkat, satu (1)Blok Bangunan Pejabat Bangunan Getah Asli (Menara) 18 tingkat dan satu (1) Blok Bangunan Tempat Letak Kereta tiga (3) tingkat yang merangkumi kawasan seluas 1.96 ekar / 85,562 kaki persegi. Bangunan Getah Asli (Tiga Tingkat) telah dirasmikan oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj, Perdana Menteri Malaysia yang pertama pada 23 November 1964. Manakala Bangunan Getah Asli (Menara) dan Blok Tempat Letak Kereta dirasmikan oleh YB Dato Seri Dr Mahathir Mohamad pada 18 November 1988. KBGA terdiri daripada 3 iaitu:

  1. Bangunan Getah Asli (Menara) yang mengandungi 18 buah tingkat yang terbahagi kepada 2 iaitu "North Wing" dan "South Wing". Terdapat 126,662 Kaki Persegi ruang pejabat yang boleh disewakan. Di Menara BGA juga terdapat beberapa kemudahan seperti Dewan Bankuasi , Dewan Persidangan, Bilik Teaterette, Gimnasium serta Surau.
  2. Bangunan Getah Asli yang mengandungi 3 Tingkat mempunyai 35,515 Kaki Persegi yang boleh disewakan. Di bangunan ini terdapat sebuah kafetaria untuk kemudahan pengunjung menjamu selera; 2 buah Kiosk menjual minuman dan juga makanan ringan; sebuah Klinik swasta untuk kemudahan orang ramai mendapat rawatan; terdapat juga beberapa ruang pejabat yang disewakan kepada penyewa dan sebuah Bilik Mesyuarat Ridley .
  3. Bangunan Tempat Letak Kenderaan pula mengandungi ruang tempat letak Kereta, ruang tempat letak motorsikal yang bersebelahan Bangunan tempat letak kereta untuk kemudahan penunggang motorsikal di BGA. Di bumbung bangunan ini terdapat sebuah gelanggang tennis yang sedang diubahsuai dan dinaiktaraf kepada sebuah Gelanggang Futsal.

KEMUDAHAN LAIN YANG DESEDIAKAN

lgm.pnglogompic.pngmpob.pngmrepc.png