BILIK TEATER

Bilik Teater amat sesuai digunakan untuk perasmian persidangan utama, majlis berbentuk persembahan dan pementasan seperti majlis pelancaran dan festival hiburan.

Dinding bilik adalah dari gabungan panel kayu bersalut fabrik yang berwarna kemerahan. Siling bilik yang bertingkat-tingkat dengan lampu terlindung dan lantai dari hamparan permaidani berwarna mewah dan elegan akan menjadikan Bilik Teater kelihatan dramatik.

Bilik Teater ini mempunyai sebanyak 124 buah tempat duduk beraras dengan rekabentuk khas dan dilengkapi dengan papanmeja boleh lipat beserta 9 buah kerusi untuk para VIP yang hadir. Sistem audio visual serta kawalan cahaya yang moden dan canggih turut disediakan.

Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai penyewaan sila hubungi no telefon : 03-21711177

KEMUDAHAN LAIN YANG DESEDIAKAN

lgm.pnglogompic.pngmpob.pngmrepc.png