Fungsi Perbadanan

  • untuk mengaku janji pengurusan dan penyelenggaraan ladang getah dan ladang berhubungan dengan getah lain kepunyaan Lembaga.
  • untuk mengaku janji pengurusan dan penyelenggaraan harta lain kepunyaan Lembaga.
  • untuk mengadakan perkhidmatan juru runding pengurusan harta kepada Lembaga.
  • untuk mengaku janji pengurusan dan penyelenggaraan ladang getah dan harta lain berhubung dengan industri getah.
  • untuk mengadakan perkhidmatan juru runding pengurusan harta kepada orang atau badan yang terlibat dalam getah atau berhubung dengan industri getah.

Maklumat Korporat



Misi

LGM Properties Corporation berusaha untuk menjana dan memaksima hartanah pendapatan melalui amalan pengurusan hartanah yang cekap, sistematik dan berintegriti.

Visi

LGM Properties Corporation berhasrat menjadi sebuah perbadanan yang dinamik, berdaya maju dan mampan dalam pengurusan hartanah.


Hartanah di bawah urusan LGMPC

Pada penghujung tahun 2015, jumlah ladang yang diuruskan oleh Perbadanan ialah empat, iaitu, Ladang LGM Pahang Tenggara, Muadzam Shah, Pahang, dengan keluasan 2,050.14 hektar; Ladang LGM Penawar, Penawar, Johor, dengan keluasan 173.50 hektar; Ladang LGM Panti, Kota Tinggi, Johor, dengan keluasan 139.50 hektar dan Ladang LGM Begia, Sik, Kedah dengan keluasan 1,050.0 hektar. Perbadanan juga mengurus Kompleks Bangunan Getah Asli dan beberapa bangunan komersil milik LGM terdiri daripada pejabat-pejabat dan rumah-rumah kediaman yang disewakan. Majoriti hartanah berkenaan adalah di sekitar Kuala Lumpur dan selebihnya terletak di seluruh Semenanjung Malaysia.


lgm.pnglogompic.pngmpob.pngmrepc.png