Kenyataan Pengerusi

 

 

Salam Sejahtera dan Selamat Datang ke Laman Rasmi LGM Properties Corporation (LGMPC).

Terlebih dahulu ingin saya merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada pihak Pengurusan LGMPC di atas kejayaan membangunkan Laman Rasmi LGMPC ini. Laman ini diharap dapat memperkenalkan LGMPC kepada semua pembaca serta memberi maklumat-maklumat yang berkaitan dengan objektif dan aktiviti yang dilaksanakan oleh LGMPC.

 
Secara ringkas, LGMPC adalah sebuah Perbadanan yang ditubuhkan pada 1 Januari 2002 di bawah Akta Lembaga Getah Malaysia (LGM) 1996 dan telah memulakan operasinya mulai 1 Julai 2002. Tujuan LGMPC ditubuhkan adalah untuk memberi perkhidmatan dan sokongan dalam menjana pendapatan kepada Lembaga Getah Malaysia melalui pengurusan hartanah dan ladang kepunyaan LGM.
 
Pada masa ini, LGMPC sedang mengurus dan menyelia hartanah komersil seperti Kompleks Bangunan Getah Asli (KBGA) yang terletak di tengah-tengah kota Kuala Lumpur di Jalan Ampang, bangunan-bangunan komersil kepunyaan LGM yang terdiri daripada pejabat-pejabat dan kediaman di sekitar Lembah Kelang dan di serata Semenanjung Malaysia dan ladang-ladang komersil getah dan kelapa sawit di Pahang, Johor dan Kedah.
 
Sejak ditubuhkan pada tahun 2002, LGMPC secara keseluruhannya telah berjaya melaksanakan segala fungsi dan tanggungjawabnya dengan berkesan. Dengan kerjasama yang erat di antara Lembaga Pengarah, kakitangan LGMPC serta pihak LGM sendiri telah membolehkan LGMPC terus memacu kejayaan dengan pendapatan yang meningkat dari tahun ke tahun. Ini sesuatu yang amat membanggakan.
 
Selaku Pegerusi LGMPC, saya dan seluruh Ahli Lembaga Pengarah mengambil kesempatan ini mengucapkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak terutamanya dari pihak Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi serta LGM yang sentiasa memberi sokongan terhadap segala usaha yang dilaksanakan oleh pihak LGMPC dalam melaksanakan segala objektif yang telah ditetapkan.
 
Akhir kata, saya berharap dengan adanya Laman Rasmi ini, LGMPC akan terus memanjat tangga kejayaan di tahun-tahun yang mendatang.
 
Sekian, terima kasih.
 
Dato' Hj. Zainudin Hj. Ismail
Pengerusi LGMPC

Kerjaya

Pendapat Awam

Apa yang anda inginkan disini?





Bulletin

PELUANG KERJA:

1.

Tarikh Tutup :

 

Untuk Keterangan Lanjut Hubungi LGMPC 03-2171 1177

 

TENDER / SEBUTHARGA :

Dibuka kepada Warganegara Malaysia, Tarikh Tutup :

Untuk Keterangan Lanjut Hubungi LGMPC

| + - | RTL - LTR