Maklumat Korporat

LGM Properties Corporation (LGMPC) diperbadankan pada 1 Januari 2002 di bawah Akta Lembaga Getah Malaysia (LGM) 1996 dan telah memulakan operasinya pada 1 Julai 2002. Maksud dan tujuan Perbadanan ditubuhkan adalah untuk menjana pendapatan kepada Lembaga melalui:-
  • pengurusan tanah dan harta kepunyaan Lembaga,
  • perkhidmatan pengurusan dan perkhidmatan juru runding pengurusan harta kepada Lembaga, dan
  • perkhidmatan pengurusan harta dan perkhidmatan juru runding pengurusan harta kepada orang atau badan yang terlibat dalam getah atau berhubung dengan industri getah.

 

Fungsi Perbadanan

Fungsi Perbadanan adalah:-
  • untuk mengaku janji pengurusan dan penyelenggaraan ladang getah dan ladang berhubungan dengan getah lain kepunyaan Lembaga,
  • untuk mengaku janji pengurusan dan penyelenggaraan harta lain kepunyaan Lembaga,
  • untuk mengadakan perkhidmatan juru runding pengurusan harta kepada Lembaga,
  • untuk mengaku janji pengurusan dan penyelenggaraan ladang getah dan harta lain berhubung dengan industri getah, dan
  • untuk mengadakan perkhidmatan juru runding pengurusan harta kepada orang atau badan yang terlibat dalam getah atau berhubung dengan industri getah.

 

Misi

LGM Properties Corporation berusaha untuk menjana dan memaksima hartanah pendapatan melalui amalan pengurusan hartanah yang cekap, sistematik dan berintegriti
 
Visi
LGM Properties Corporation berhasrat menjadi sebuah perbadanan yang dinamik, berdaya maju dan mampan dalam pengurusan hartanah
 
Hartanah di bawah urusan LGMPC
Pada penghujung tahun 2015, jumlah ladang yang diuruskan oleh Perbadanan ialah empat, iaitu, Ladang LGM Pahang Tenggara, Muadzam Shah, Pahang, dengan keluasan 2,050.14 hektar; Ladang LGM Penawar, Penawar, Johor, dengan keluasan 173.50 hektar; Ladang LGM Panti, Kota Tinggi, Johor, dengan keluasan 139.50 hektar dan Ladang LGM Begia, Sik, Kedah dengan keluasan 1,050.0 hektar. Perbadanan juga mengurus Kompleks Bangunan Getah Asli dan beberapa bangunan komersil milik LGM terdiri daripada pejabat-pejabat dan rumah-rumah kediaman yang disewakan. Majoriti hartanah berkenaan adalah di sekitar Kuala Lumpur dan selebihnya terletak di seluruh Semenanjung Malaysia.

Kerjaya

Pendapat Awam

Apa yang anda inginkan disini?





Bulletin

PELUANG KERJA:

1.

Tarikh Tutup :

 

Untuk Keterangan Lanjut Hubungi LGMPC 03-2171 1177

 

TENDER / SEBUTHARGA :

Dibuka kepada Warganegara Malaysia, Tarikh Tutup :

Untuk Keterangan Lanjut Hubungi LGMPC

| + - | RTL - LTR