YB. Dr Mansor
Abdul Rahman

Pengerusi LGMPC

Pengerusi LGMPC

YB. Dr Mansor Abdul Rahman telah dilantik sebagai Pengerusi LGMPC pada 1 Julai 2017.

Dr. Mansor juga merupakan Ahli Parlimen Sik, Kedah dari Jun 2013.


Muhamad Nahar
Hj. Mohd Sidek

Ahli Lembaga Pengarah

Ahli Lembaga Pengarah

En Muhamad Nahar Hj. Mohd Sidek telah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah LGMPC pada 1 November 2015. Beliau juga adalah Setiausaha Bahagian Kemajuan Getah dan Jatropha di Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi. Beliau berkelulusan Sarjana Pengurusan Persekitaran dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Sarjana Muda Sains Gunaan dari Universiti Sains Malaysia.

Beliau memulakan kerjaya di Kementerian Pertanian sebagai Penolong Setiausaha di Bahagian Pembangunan Sumber dan Institusi pada tahun 1998. Pada tahun 2006, beliau telah dilantik sebagai Ketua Penolong Setiausaha di Cawangan Antarabangsa, Bahagian Perancangan Strategik dan Antarabangsa di Kementerian Pertanian dan Asas Tani.

Pada tahun 2009, beliau telah dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah di Seksyen Ekonomi Alam Sekitar dan Sumber Asli, Unit Perancang Ekonomi di Jabatan Perdana Menteri. Pada tahun 2015, beliau telah dilantik sebagai Timbalan Setiausaha Bahagian (memangku) di Bahagian Kemajuan Industri Getah dan Jatropha di Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi sehingga sekarang.


Dr Suarni
Sumormo

Ahli Lembaga Pengarah

Ahli Lembaga Pengarah

Dr. Suarni Sumormo telah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah LGMPC pada 1 Januari 2012. Beliau memperolehi Ijazah Komputer Sains di Universiti Kebangsaan pada tahun 1987. Sarjana dalam Bidang Ekonomi dari University of Hartford, Amerika Syarikat pada tahun 1995 dan Doktor Falsafah di dalam bidang Ekonomi di Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 2004.

Dr Suarni telah berkhidmat di RRIM sebagai Penolong Pegawai Penyelidik pada tahun 1988 sebelum dilantik ke jawatan Pegawai Penyelidik pada tahun 1989. Beliau kemudiannya dilantik Ketua Unit Ekonomi Perindustrian pada tahun 2005 dan kemudiannya sebagai Pengarah Ekonomi dan Pasaran Getah pada tahun 2008. Beliau telah dilantik ke jawatan sekarang sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Dasar & Operasi), di Lembaga Getah malaysia pada tahun 2012.


Datuk Abd Halim
Hamid

Ahli Lembaga Pengarah

Ahli Lembaga Pengarah

Datuk Abd Halim Hamid telah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah LGMPC pada 1 Mac 2012. Beliau merupakan Mantan Naib Presiden Kanan dan Global Head of Felda Global Cluster di Felda Global Ventures Holdings Berhad. Beliau mempunyai pengalman lebih 35 tahun di Syrkat Kumpulan Felda dalam bidang komoditi seperti kelapa sawit, getah dan koko.

Beliau mempunyai pengalaman dalam bidang pengeluaran baja dan instolasi.


Hj Abd Halim
Hassan

Ahli Lembaga Pengarah

Ahli Lembaga Pengarah

Hj Abd Halim Hassan telah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah LGMPC pada 1 November 2015. Beliau merupakan Bendahari Agung bagi Persatuan Kebangsaan Pekebun-pekebun kecil Malaysia (PKPKM)


lgm.pnglogompic.pngmpob.pngmrepc.png